Maklumat Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat warganegara Malaysia yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah 4 bulan.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan professional , agensi-agensi kerajaan dan MQA.
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan.
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (T)

  • Sijil Penyenggaraan Industri
  • Sijil Reka Bentuk Dalaman

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA
  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengannya

Tempoh Pengajian:

  • 16 bulan

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan (mencukupi 60 jam kredit).

 

Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) .Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu melalui BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan BKPKK untuk maklumat lanjut.